Wednesday 13 January 2010

Salam Pengenalan

Assalamualaikum semua...

Salam perkenalan dan semoga anda semua sihat dan dirahmati Allah.

Hari ni adalah hari pertama saya menulis blog dengan harapan semoga apa yang saya tulis itu dapat dimanfaatkan bersama demi kebaikan Islam dan umatnya.

Sempena tahun baru 1431 hijrah ini, saya rasa saya juga perlu melakukan perubahan pada diri dan masyarakat. Terima kasih kepada sahabat-sahabat dan rakan-rakan seperjuangan yang sering memberikan pandangan bahawa saya perlu ada blog sendiri apatah lagi kita sudah berada di abad ke 21 maka kita kena bergerak sesuai dengan tuntutan semasa.

Sebenarnya saya sudah lama berhasrat untuk terlibat sama dalam dunia blogger tetapi masa tidak mengizinkan, kerana tugas yang terlalu banyak, lebib-lebih lagi masa yang terluang itu saya gunakan untuk mengarang kitab-kitab tafsir al-Quran dan alhamdulillah sehingga saat ini saya telah berjaya mengarang dan menerbitkan 5 buah kitab tafsir untuk membantu masyarakat Islam khususnya di Malaysia memahami al-Quran dengan lebih baik.

Namun ia bukan lah alasan untuk tidak menulis blog, maka tahun baru hijrah ini, nah terimalah perubahan terbaru dari saya... ok selamat datang ke blog saya, sekian

No comments:

Post a Comment